Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,
Dengan rasa rendah diri pada ALLAH SWT, dan Rasulullah SAW, Namun,ana menyatakan hasrat untuk berkongsi ilmu yang ALLAH swt anugerahkan pada ana.
Untuk sahabat-sahabat semua ana tidaklah pandai menulis dan menyusun perkataan untuk menjadikan baris-baris ayat yang sempurna namun, cukuplah sekadar secara ikhlas dan jujur ana jelas secara pelahan-lahan agar tidak melampaui batas yang ALLAH SWT, izinkan untuk ana kongsikan pada sahabat –sahabat semua secara ringkas.
1. Sejarah Pengajian
Terlebih dahulu ingin ana jelaskan dengan sejujurnya dan setenangnya nafsu ana ini agar sentiasa di rahmati ALLAH SWT , Sejarah ana mempelajari amalan agama tidak lah secara formal. Tetapi bolehlah ana bahagikan kepada beberapa kaedah:
- Menghadiri pengajian menganadah atau mengadap guru.
- Menghadiri majlis zikir Tarekat
- Menerima ilham Allah atau firasat awali
- Mempunyai Ustad bertauliah sebagai guru sehingga kini
- Mempelajari ilmu secara Rohani
2. Jenis-Jenis Pengajian
- Ilmiah - ilmu Agama,Ketuhanan,Tauhid, Tarekat,
- Pratikal-Ilmu Persilatan berlandasan zikir dan wiridan
- Perubatan awali Islam
- Urutan Ilmu Rohani dan Tenaga Dalam
3. Zikir Amalan
SEGALA-GALANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT….
Ana sekadar dipinjamkan kelebihan ini. Ini bukan haq ana seorang semua orang mempunyai rezeki dari ALLAH SWT. Ana hanya boleh tunjukkan jalan, yang menganugerah hanyalah ALLAH SWT. Ana adalah perantara/pemberi jalan kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW, dalam ilmu ini.
Setakat ini dahulu apa yang ana boleh senaraikan. Selama lebih 18 tahun sehingga kini ana masih lagi mencari guru-guru yg boleh tunjukan ana jalan kepada NYA. Banyak lagi mimpi-mimpi, dan perkhabaran rohani yang ana tidak boleh jelaskan disini. Bimbang dikatakan riak dan sombong… ana dipinjamkan ALLAH SWT, perkara rohani ini…
Ana mahu sahabat seislam sama-sama merasai kenikmatan ini.
Penerangan ini jangan disalah ertikan. Janganlah ada yang ingin "sudi" ana, ana tidak akan menentang sesiapa kecuali dgn keizinan ALLAH SWT…
Setelah penerangan ini ana serahkan kepada anda semua buat penilaian.
Wasalam
Adat Melayu