Thursday, June 19, 2008

Apakah itu Seni Silat Halilintar

Seni silat halilintar adalah seni silat yang berbentuk kerohanian atau lebih dikenali sebagai Ilmu Seni Silat Gerak Kebatinan. Pergerakan Seni Silat ini bermula dengan lafaz-lafaz zikir dan wirid tertentu yang telah diamal atau diwiriidan secara dawam. Amalan zikirnya adalah wirid-wirid yang sangat biasa dibaca oleh masyarakat umum hari ini.

Namun, zikir-zikir ini diperturunkan dan diamalkan oleh syeikh-syeikh, ulama'-ulama', ustad-ustad sehinggalah kepada bersambungan dari generasi ke-generasi sampai hari ini. Diamping wirid persilatan untuk pertahanan diri murid juga diijazahkan dan dibekalkan dengan doa dan wirid-wirid tertentu untuk kegunaan harian, menjauhi musuh, membantu sesama masyarakat, mendekatkan diri pada ALLAH SWT., dan yang paling mustahak mentauhidkan ALLAH SWT.

Pengijazahan dan pengakuan menerima murid dijalankan secara bertertib yang diamalkan sekian lama. Setelah pengijazahan, murid dikehendaki menghafal wirid-wirid denagn bacaan yang betul dan sempurna. Pengijazahan amalan dibuat setelah murid tersebut menghafal setiap wirid dan doan yang diberikan dalam tempoh tertentu. Murid juga dikehendaki mengamalkan wirid-wirid dan doa yang telah diijazahkan pada setiap waktu selepas solat wajib dengan kadar bilangan tertentu agar ia menjadi sebati, darah daging dan dihayati. Murid dimestikan dawam mewiridkan amalan secera berterusan tanpa meninggalkan atau mengumpul amalan untuk dibaca pada waktu tertentu. Contohnya: pada waktu subuh murid dikehendaki membaca setiap ayat 3x sahaja, zohor 5x setiap ayat, asar 7x setiap ayat, maghrib 3x setiap ayat, isyak 5x setiap ayat begitulah bersambungan seterusnya selama 41 hari. *Jika ditinggalkan atau tercicir satu waktu dikehendaki bermula semula dari awal!

Pembekalan wirid-wirid tersebut adalah untuk membolehkan murid-murid tersebut lebih yakin untuk menghadapi musuh, ujian dan cubaan yang mendatang. Ujian menpelajari amalan ini sangat kuat. yang mana murid disarankan agar sentiasa berada di dalam situasi bertenang, sabar dan bertawakal pada ALLAH SWT. Ujian di antara murid dengan murid yang laian adalah berlainan bergantung tahap keikhlasanya, kelemahannya, keinginan dan kehidupannya.

Dengan amalan dilakukan berterusan murid tersebut akan ALLAH SWT, akan menunjuki setiap pergerakan dan permohonan murid tadi. di samping itu, murid diminta sering berzikir dengan selawat dan zikir mudah secara berterusan dan dawam. Contohnya; Bilangannya 1000x sehari atau 3000x sehari atau 10000x sehari. Istiqamah ini insyallah akan membuka mata batin murid sedikit demi sedikit.
Oleh kerana, wirid dan amalan ini bersalasilah dengan guru-guru sebelum ini, murid-murid ini kelak akan didatangi perkhabaran ghaib atau ilmu firasat. Oleh itu disarankan murid-murid dikehendaki mematuhi tertib beramal yang betul dan sentiasa dalam keadaan bersedia serta istiqamah, niat yang betul dan rendah diri. Pantang ana murid jangan berasa pandai, tahu, dan tinggi diri diantara murid sesama murid, murid dengan ibubapa, murid dengan masyarakat dan kawan-kawan). Selalulah merasa diri ini HINA dan MALU dihadapan Sang Maha Pencipta Al HAQ!!!

Syarat-Syarat Pengijazahan

Seni Silat Halilintar akan diIJAZAHkan mengekalkan adat istiadat perguruan. Penerima IJAZAH dikehendaki meghadiahkan kepada pengijazah:
1. Sehelai kopiah (Paling murah)
2. T’Shirt putih cukup sekadar yg nipis dan murah
3. Kain Pelikat (Paling Murah)
4. Duit RM1.15 sahaja
5. RM100.00 untuk bahan bercetak, Kitab Amalan.
6. Hadiah sekadar keikhlasan anda.

wasalam

Adat Melayu