Thursday, June 19, 2008

Apakah itu Amalan Ismul A'zhom

Ilmu Amalan Ismul Azhom (sila ke laman berkenaan), adalah sebuah ILMU HIKMAH yang berlandas Wirid dan zikir yang diceduk dari Al Quran, Selawat Rasulullah dan Doa. Ia juga adalah ilmu berteraskan Tenaga Dalam Islami dan Kerohanian. Ilmu ini bertunjangkan:
  1. Wirid dan Zikir
  2. Pembangkitan Tenaga Dalam dan Pernafasan
  3. Jurus dan Gerakan mempertahankan diri.

Amalan ini mewajidkan muridnya melakukan amalan yang khusus dan terpilih, yang mana amalan dan wiridnya diambil dan bersalahsilah dari satu guru kepada guru yang seterusnya. Permulaan amalannya banyak dibacakan ayat AL FATIHAH, kepada guru-guru yang berhubungan dangan amalan ini. Antaranya dibacakan kepada:

  1. Baginda Rasulullah SAW,
  2. Nabi Khidir Alaihisalam
  3. Syaidina Ali Karomah Wajahah
  4. Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
  5. Syeikh Imam Al syazili
  6. Syeikh Abi Yazid Al Bustami
  7. Syeikh Zaini Al Bakri
  8. Syeikh Sharif Hidayatullah (salah seorang wali 9)
  9. dan lain-lain

Pesanan

Rahsia dan Kuncinya amalan Ismul A'zhom ini adalah:

  1. YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI,
  2. YAKIN ALLAH PASTI MENGABULKAN DAN
  3. SAMA-SAMA IKHLAS

Hubungan antara Murid dan Guru, Sabar dan Istiqomah (amalan hendaklah diwiridkan dan diamalkan serta melakukan latihan yang berterusan), menjauhiperkara yang berunsur Kafir, Syirik, Khomar, Zina, Judi dan Mencuri.

Program pengijazahan dan Pengisian Ilmu Amalan Khusus ini tidak menjadikan anda seorang yang sombong dan pamer kebolehan tapi bertujuan menjadikan anda seorang yang mendapat tadahan kekuatan berkah dan hikmah berupa nur dari ALLAH SWT. yang tentunya hanya diberikan oleh ALLAH kepada yang mempunyai keyakinan, keikhlasan dan istiqomah sebagai wasilah/perantara antara murid dengan ALLAH. Amalan ini adalah untuk dipergunakan dalam tujuan kebaikan saja dan hanya diberikan oleh ALLAH kepada mereka yang menjauhi dosa besar seperti yang disebutkan di atas. Method pengajaran yang kami lakukan adalah menggunakan seperti dibawah:

  1. BERTABARRUK (Wirid dibaca lalu tiup ke media seperti beras dan minyak wangi)
  2. BERTAWASSUL (Berdoa ke ALLAH dengan menghormati kekasih-kekasih ALLAH)
  3. BERDOA (Terus kepada ALLAH)
  4. BERWIRID / BERZIKIR (Ayat Al Qur'an, Asmaul Husna, Salawat dan lain-lain)
  5. BERPUASA (Memperkuat tenaga Rohani dan penyempurnaan)
  6. Tenaga Dalam murni ditambah pengisian dari tubuh untuk kesempurnaan.

Degan sedikit penerangan di atas, adalah diharapkan anda memahaminya.

wasalam