Tuesday, June 24, 2008

Mengapa Mahar diKenakan


Assalamualaikum kepada semua pembaca,

Terdapat sesetengah masyarakat yang mempersoalkan mengenai mahar yang dikenakan oleh perguruan tertentu. Namun, ia tidaklah menjadi persoalan besar kerana mereka ini hanya faham sebahagian hal dan tidak faham sebahagian hal yang lain.

Walau bagaimanapun, dalam hal ini ia tidaklah menjadi satu persoalan yang besar dan merumitkan. Disini dijelaskan beberapa pendapat ulama' dari pelbagai mazhab yang mengharuskan mengenakan mahar, upah dalam perubatan, upah melakukan haji dan sebagainya.

BOLEH MINTA UPAH.
Abu 'Ubed, Ahmad, Bukhori, Muslim, Abu Daud, Turmudzi, Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Jarir, Al Hakim, dan Bayhaqi, dari Abu Sa'id Al Khudri ra. dia berkata: "Rasulullah SAW telah mengutus kami pada suatu peperangan 30 pengendara. Maka turunlah kami di suatu kaum orang Arab lalu kami minta mereka untuk menjadikan kami tamu mereka. Maka mereka menolak. Kemudian disengatlah ketua suku mereka oleh kalajengking lalu mereka berkata, Apakah pada kamu ada seseorang yang bisa menjampi dari sengatan kala jengking? Maka aku katakan : Ya, aku. Akan tetapi aku tidak akan melakukannya sehingga kalian memberikan kami sesuatu. Mereka menjawab, Kami akan berikan kalian 30 kambing. Abu Sa'id berkata maka aku baca ALHAMDULILAHI ROBBIL 'AALAMIIN (Surat Al Fatihah) 7x atas sengatan tersebut. Maka ketika kami menggenggam seekor kambing, disodorkanlah kepada kami darinya. Lalu kami menahan diri sehingga mendatangi Nabi SAW. Maka kami sebutkan demikian itu kepada beliau. Lalu Nabi menjawab, Dari mana kamu mengetahui bahwa Al Fatihah itu adalah jampi. Bagi-bagilah kambing itu dan buatlah untukku bersamamu."

BOLEH AMBIL UPAH DARI PENGOBATAN DENGAN AL QUR'AN.
Seorang sahabat Nabi SAW berkata : Aku telah mengambil upah atas kitab ALLAH (setelah mengobati orang dengan Kitab ALLAH)) sehingga kami tiba di Madinah. Lalu sahabat yang lain berkata (kepada Rasulullah SAW), Dia telah mengambil upah atas kitab ALLAH. Maka berkatalah Nabi 'Alayhis Sholaatu was Salaam, Sesungguhnya yang paling berhak kalian ambil upah adalah Kitab ALLAH. (HR. Imam Ahmad, Bukhori dan Bayhaqy dari Ibnu 'Abbas ra)

UPAH ITU BAGIAN DARI AL QUR'AN.
Abu Nu'aim meriwayatkan, dari Abu Huroiroh ra, "Telah bersabda Nabi 'Alayhis Sholatu Was Salam, 'Barangsiapa mengambil upah atas Al Qur'an, maka demikian itu bagiannya dari Al Qur'an.'"

IMAM MADZHAB SEPAKAT BOLEHNYA AMBIL UPAH.
Para Imam Madzhab yang 3 dan sebagian Ulama' Madzhab Hanafi dari golongan Ulama Mutaakhkhirin, mereka mengambil dalil dengan hadits-hadits ini (di atas) tentang mengambil upah.

TIDAK WAJIB MEMBERI / MENGAMBIL UPAH, BUKAN TIDAK BOLEH.
Dalam Risalah Bulughul Arob Li-dzawil Qurbi oleh Asy Syaronbilaly : Tidak boleh mengambil/meminta upah atas perbuatan taat seperti mengajari Al Qur'an, Fiqih, jadi Imam Solat, Adzan, memberi peringatan/zikir, haji dan perang, maksudnya TIDAK WAJIB UPAH.
--------------------------------------------
PERHATIAN: Dan menurut Ulama Madinah, BOLEH. Seperti itu juga (membolehkan upah) pendapat Imam Syafi'i, Nashir, 'Ishom, Abu Nashr, dan Abul Layts (semoga ALLAH TA'ALA merahmati mereka). (Ketiga hadits dan pendapat ulama tersebut dapat dilihat di kitab Khozinatul Asror halaman 64).

Monday, June 23, 2008

Amalan-Amalan Pembuka Ilmu Ghaib dan Alam Rohani

Di sini disenaraikan Amalan-Amalan Pembuka Alam Rohani
  1. Amalan Miskat Al Fatihah Akhbar - Guru Syeikh Thana'udin
  2. Al Fatihah Sinar Tubuh - Guru Haji Zahid
  3. Penjaga Ayat Al Fatihah - Guru Haji Zahid
  4. Amalan Perjalanan Ke Alam Roh - Guru Haji Zahid
  5. Tawassul Al Fatihah - Guru Haji Zahid
  6. Amalan Surah Ya Siin - Cikgu Yusof
  7. Amalan Ayat 4 - Tuan Guru Jambu Rias
  8. Amalan Ayat 1 - Tuan Guru Jambu Rias
  9. Amalan Mandi Khidir - Guru Haji Zahid
  10. Amalan Malaikat Al Ikhlas - Guru Haji Zahid
  11. Amalan Zikir Waliallah - Tuan Guru Chenor
  12. Doa Rijalul Ghaib Al Quth - Syeikh Abdus Samad Al Palimbani
  13. Doa Halilintar - Guru Roslan Temerloh
  14. Doa Nurun Nurbuwah - Guru Roslan Temerloh
  15. Kaf 40 - Guru Roslan Temerloh
  16. Ilmu Gerak - Pak Daq' Purun
  17. Insyallah esok tambah lagi....

wasalam

Proses Pengijazahan Amalan

Proses pengijazahan amalan merupakan satu sessi yang sangat penting bagi setiap perguruan, pengajian ilmu dan sebagainya.

Anda yang beminat terlebih dahulu disarankan mengikuti beberapa nasihat dan peraturan bagi memudahkan sessi pengijazahan berjalan lancar dan bertertib.
  1. Sila hubungi kami terlebih dahulu email: silat-jurushalilintar@hotmail.com, untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terperinci, serta mengadakan sessi perbincangan, sebelum melakukan apa-apa pembayaran atau tindakan lanjut.
  2. Sila hantar maklumat anda ke email: silat-jurushalilintar@hotmail.com, terlebih dahulu mengenai nama anda, ibu anda, umur, alamat dan email.
  3. E-mail anda diperlukan kerana maklumat terperinci mengenai ilmu dan amalan yang anda ingin pelajari dapat dihantar segera.

PROSES PENGIJAZAHAN ILMU DAN AMALAN

  1. Pengijazahan Ilmu dan Amalan TIDAK dilakukan secara Jarak Jauh.
  2. Pengijazahan Ilmu dan Amalan dilakukan secara BERHADAPAN kerana ia lebih afdal dan berkah.
  3. Sessi BERTAQ'ARUF, suai kenal dan perbincangan diadakan untuk menujudkan suasana yang lebih yakin, ikhlas, saling hormati menghormati dan percaya mempercayai.
  4. Sessi mengenal pasti kEFASIHAN membaca ayat Al Quran dan tahap pengajian ilmu agama atau ilmu kerohanian dan lain-lain. Ini kerana tersedia banyak ayat-ayat Al Quran, Wirid, Selawat dan Ratib yang harus dibaca secara dawam setiap hari.
  5. Sessi mengenal-pasti NIAT atau HAJAT dalam mempelajari Ilmu dan Amalan ini

PENGIJAZAHAN ILMU DAN AMALAN

TENAGA DALAM ISMUL A'ZHOM

  1. Solat Taubat
  2. Solat Hajat
  3. Istigfar
  4. Membaca surah Ya Siin dan khafiatnya
  5. Berzikir
  6. Sessi Pembangkitan Tenaga dalam DAN Silat Ghaib (15-30 minit)
  7. Penerangan dan Khafiat Amalan

SENI SILAT HALILINTAR ATAU SENI SILAT LAKSAMANA JEBAT

  1. Solat Hajat
  2. Istigfar
  3. Membaca Kitab Amalan
  4. Membaca Doa Halilintar
  5. Membaca Surah Ya Siin
  6. Berzikir
  7. Sessi Pengzahiran Rohani Seni Silat Halilintar (15-30 minit)
  8. Penerangan dan Khafiat Amalan

Thursday, June 19, 2008

Apakah itu Amalan Ismul A'zhom

Ilmu Amalan Ismul Azhom (sila ke laman berkenaan), adalah sebuah ILMU HIKMAH yang berlandas Wirid dan zikir yang diceduk dari Al Quran, Selawat Rasulullah dan Doa. Ia juga adalah ilmu berteraskan Tenaga Dalam Islami dan Kerohanian. Ilmu ini bertunjangkan:
  1. Wirid dan Zikir
  2. Pembangkitan Tenaga Dalam dan Pernafasan
  3. Jurus dan Gerakan mempertahankan diri.

Amalan ini mewajidkan muridnya melakukan amalan yang khusus dan terpilih, yang mana amalan dan wiridnya diambil dan bersalahsilah dari satu guru kepada guru yang seterusnya. Permulaan amalannya banyak dibacakan ayat AL FATIHAH, kepada guru-guru yang berhubungan dangan amalan ini. Antaranya dibacakan kepada:

  1. Baginda Rasulullah SAW,
  2. Nabi Khidir Alaihisalam
  3. Syaidina Ali Karomah Wajahah
  4. Syeikh Abdul Qadir Al Jailani
  5. Syeikh Imam Al syazili
  6. Syeikh Abi Yazid Al Bustami
  7. Syeikh Zaini Al Bakri
  8. Syeikh Sharif Hidayatullah (salah seorang wali 9)
  9. dan lain-lain

Pesanan

Rahsia dan Kuncinya amalan Ismul A'zhom ini adalah:

  1. YAKIN KEPADA DIRI SENDIRI,
  2. YAKIN ALLAH PASTI MENGABULKAN DAN
  3. SAMA-SAMA IKHLAS

Hubungan antara Murid dan Guru, Sabar dan Istiqomah (amalan hendaklah diwiridkan dan diamalkan serta melakukan latihan yang berterusan), menjauhiperkara yang berunsur Kafir, Syirik, Khomar, Zina, Judi dan Mencuri.

Program pengijazahan dan Pengisian Ilmu Amalan Khusus ini tidak menjadikan anda seorang yang sombong dan pamer kebolehan tapi bertujuan menjadikan anda seorang yang mendapat tadahan kekuatan berkah dan hikmah berupa nur dari ALLAH SWT. yang tentunya hanya diberikan oleh ALLAH kepada yang mempunyai keyakinan, keikhlasan dan istiqomah sebagai wasilah/perantara antara murid dengan ALLAH. Amalan ini adalah untuk dipergunakan dalam tujuan kebaikan saja dan hanya diberikan oleh ALLAH kepada mereka yang menjauhi dosa besar seperti yang disebutkan di atas. Method pengajaran yang kami lakukan adalah menggunakan seperti dibawah:

  1. BERTABARRUK (Wirid dibaca lalu tiup ke media seperti beras dan minyak wangi)
  2. BERTAWASSUL (Berdoa ke ALLAH dengan menghormati kekasih-kekasih ALLAH)
  3. BERDOA (Terus kepada ALLAH)
  4. BERWIRID / BERZIKIR (Ayat Al Qur'an, Asmaul Husna, Salawat dan lain-lain)
  5. BERPUASA (Memperkuat tenaga Rohani dan penyempurnaan)
  6. Tenaga Dalam murni ditambah pengisian dari tubuh untuk kesempurnaan.

Degan sedikit penerangan di atas, adalah diharapkan anda memahaminya.

wasalam

Apakah itu Seni Silat Halilintar

Seni silat halilintar adalah seni silat yang berbentuk kerohanian atau lebih dikenali sebagai Ilmu Seni Silat Gerak Kebatinan. Pergerakan Seni Silat ini bermula dengan lafaz-lafaz zikir dan wirid tertentu yang telah diamal atau diwiriidan secara dawam. Amalan zikirnya adalah wirid-wirid yang sangat biasa dibaca oleh masyarakat umum hari ini.

Namun, zikir-zikir ini diperturunkan dan diamalkan oleh syeikh-syeikh, ulama'-ulama', ustad-ustad sehinggalah kepada bersambungan dari generasi ke-generasi sampai hari ini. Diamping wirid persilatan untuk pertahanan diri murid juga diijazahkan dan dibekalkan dengan doa dan wirid-wirid tertentu untuk kegunaan harian, menjauhi musuh, membantu sesama masyarakat, mendekatkan diri pada ALLAH SWT., dan yang paling mustahak mentauhidkan ALLAH SWT.

Pengijazahan dan pengakuan menerima murid dijalankan secara bertertib yang diamalkan sekian lama. Setelah pengijazahan, murid dikehendaki menghafal wirid-wirid denagn bacaan yang betul dan sempurna. Pengijazahan amalan dibuat setelah murid tersebut menghafal setiap wirid dan doan yang diberikan dalam tempoh tertentu. Murid juga dikehendaki mengamalkan wirid-wirid dan doa yang telah diijazahkan pada setiap waktu selepas solat wajib dengan kadar bilangan tertentu agar ia menjadi sebati, darah daging dan dihayati. Murid dimestikan dawam mewiridkan amalan secera berterusan tanpa meninggalkan atau mengumpul amalan untuk dibaca pada waktu tertentu. Contohnya: pada waktu subuh murid dikehendaki membaca setiap ayat 3x sahaja, zohor 5x setiap ayat, asar 7x setiap ayat, maghrib 3x setiap ayat, isyak 5x setiap ayat begitulah bersambungan seterusnya selama 41 hari. *Jika ditinggalkan atau tercicir satu waktu dikehendaki bermula semula dari awal!

Pembekalan wirid-wirid tersebut adalah untuk membolehkan murid-murid tersebut lebih yakin untuk menghadapi musuh, ujian dan cubaan yang mendatang. Ujian menpelajari amalan ini sangat kuat. yang mana murid disarankan agar sentiasa berada di dalam situasi bertenang, sabar dan bertawakal pada ALLAH SWT. Ujian di antara murid dengan murid yang laian adalah berlainan bergantung tahap keikhlasanya, kelemahannya, keinginan dan kehidupannya.

Dengan amalan dilakukan berterusan murid tersebut akan ALLAH SWT, akan menunjuki setiap pergerakan dan permohonan murid tadi. di samping itu, murid diminta sering berzikir dengan selawat dan zikir mudah secara berterusan dan dawam. Contohnya; Bilangannya 1000x sehari atau 3000x sehari atau 10000x sehari. Istiqamah ini insyallah akan membuka mata batin murid sedikit demi sedikit.
Oleh kerana, wirid dan amalan ini bersalasilah dengan guru-guru sebelum ini, murid-murid ini kelak akan didatangi perkhabaran ghaib atau ilmu firasat. Oleh itu disarankan murid-murid dikehendaki mematuhi tertib beramal yang betul dan sentiasa dalam keadaan bersedia serta istiqamah, niat yang betul dan rendah diri. Pantang ana murid jangan berasa pandai, tahu, dan tinggi diri diantara murid sesama murid, murid dengan ibubapa, murid dengan masyarakat dan kawan-kawan). Selalulah merasa diri ini HINA dan MALU dihadapan Sang Maha Pencipta Al HAQ!!!

Syarat-Syarat Pengijazahan

Seni Silat Halilintar akan diIJAZAHkan mengekalkan adat istiadat perguruan. Penerima IJAZAH dikehendaki meghadiahkan kepada pengijazah:
1. Sehelai kopiah (Paling murah)
2. T’Shirt putih cukup sekadar yg nipis dan murah
3. Kain Pelikat (Paling Murah)
4. Duit RM1.15 sahaja
5. RM100.00 untuk bahan bercetak, Kitab Amalan.
6. Hadiah sekadar keikhlasan anda.

wasalam

Adat Melayu

Siapa Adat Melayu

Assalamualaikum

Dengan lafaz Bismillahirahmanirahim,

Dengan rasa rendah diri pada ALLAH SWT, dan Rasulullah SAW, Namun,ana menyatakan hasrat untuk berkongsi ilmu yang ALLAH swt anugerahkan pada ana.

Untuk sahabat-sahabat semua ana tidaklah pandai menulis dan menyusun perkataan untuk menjadikan baris-baris ayat yang sempurna namun, cukuplah sekadar secara ikhlas dan jujur ana jelas secara pelahan-lahan agar tidak melampaui batas yang ALLAH SWT, izinkan untuk ana kongsikan pada sahabat –sahabat semua secara ringkas.


1. Sejarah Pengajian

Terlebih dahulu ingin ana jelaskan dengan sejujurnya dan setenangnya nafsu ana ini agar sentiasa di rahmati ALLAH SWT , Sejarah ana mempelajari amalan agama tidak lah secara formal. Tetapi bolehlah ana bahagikan kepada beberapa kaedah:
  • Menghadiri pengajian menganadah atau mengadap guru.
  • Menghadiri majlis zikir Tarekat
  • Menerima ilham Allah atau firasat awali
  • Mempunyai Ustad bertauliah sebagai guru sehingga kini
  • Mempelajari ilmu secara Rohani

2. Jenis-Jenis Pengajian

  • Ilmiah - ilmu Agama,Ketuhanan,Tauhid, Tarekat,
  • Pratikal-Ilmu Persilatan berlandasan zikir dan wiridan
  • Perubatan awali Islam
  • Urutan Ilmu Rohani dan Tenaga Dalam

3. Zikir Amalan

  • Amalan Abjad -1989
  • Ilmu & Zikir Kerohanian Halilintar-1990-sekarang
  • Tarekat Ahmadiyiah-1995-sekarang
  • Tarekat Samaniyah-1998-sekarang
  • Ratib Al Haddad 2000-sekarang
  • Tarekat Naqshabandiyah Wal Qadiriyah-2007-sekarang
  • Amalan & Amalan– Tamat Pengajian Taqorrub Indonesia. 2007
  • Zikiri Asma Ul Husna-2007-sekarang
  • Ratib Al Attas-2007-sekarang

SEGALA-GALANYA DENGAN IZIN ALLAH SWT….

Ana sekadar dipinjamkan kelebihan ini. Ini bukan haq ana seorang semua orang mempunyai rezeki dari ALLAH SWT. Ana hanya boleh tunjukkan jalan, yang menganugerah hanyalah ALLAH SWT. Ana adalah perantara/pemberi jalan kepada ALLAH SWT dan Rasulullah SAW, dalam ilmu ini.

Setakat ini dahulu apa yang ana boleh senaraikan. Selama lebih 18 tahun sehingga kini ana masih lagi mencari guru-guru yg boleh tunjukan ana jalan kepada NYA. Banyak lagi mimpi-mimpi, dan perkhabaran rohani yang ana tidak boleh jelaskan disini. Bimbang dikatakan riak dan sombong… ana dipinjamkan ALLAH SWT, perkara rohani ini…

Ana mahu sahabat seislam sama-sama merasai kenikmatan ini.


Penerangan ini jangan disalah ertikan. Janganlah ada yang ingin "sudi" ana, ana tidak akan menentang sesiapa kecuali dgn keizinan ALLAH SWT…

Setelah penerangan ini ana serahkan kepada anda semua buat penilaian.


Wasalam


Adat Melayu